XtGem Forum catalog

TIME IS MONEY ?
PUKUL :20:28: WIB
Share
" WELCOME TO MY HOME "

بسم الله

mengapa syi'ah wajib ditolak?

Oleh: Ustaz Rasul Dahri (Bahasa Melayu) Kertas kerja “Mengapa Syiah
Wajib Ditolak” telah
dibentang dan
dikulliahkan di Masjid
Negeri, Negeri
Perlis. Penulis merasakan bahawa
masyarakat Islam Perlis
amat perihatin tentang
isu Syiah. Mereka juga
sangat mengharapkan
ketampilan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah
yang dapat
menerangkan kepada
umat Islam tentang
bahaya dan sesatnya
akidah serta fahaman Syiah. Penulis merasa
bertanggungjawab
memenuhi permintaan
mereka setelah diminta
memberi kulliah tentang
kegiatan Syiah yang sudah lama
menyebarkan fahaman
mereka di seluruh
Malaysia dan kini mula
ingin menyebarkannya
pula di Negeri Perlis. Semoga Jabatan Agama
Islam Perlis, para iman,
ahli jawatan kuasa
Masjid Negeri Perlis dan
para ulama Perlis
sentiasa berusaha menghidupkan kegiatan
dakwah Islamiyah dalam
usaha menghalang,
menggagalkan dan
membasmi kegiatan
dakwah Syiah di Perlis. Mudah-mudahan
segala usaha suci
mereka mendapat
keredhaan dan
dirahmati
Allah Subhanahu wa- Ta’ala. Amin!! ِﻦَﻤْﺣَّﺮﻟﺍ ِﻪﻠﻟﺍ ِﻢْﺴِﺑ ِﻢْﻴِﺣَّﺮﻟﺍ ِﻪﻠﻟ َﺪْﻤَﺤْﻟﺍ َّﻥِﺍ ، ُﻪُﻨْﻴِﻌِﺘْﺴَﻧَﻭ ُﻩُﺪَﻤْﺤَﻧ ُﻩُﺮِﻔْﻐَﺘْﺴَﻧَﻭ ، ُﺫْﻮُﻌَﻧَﻭ ِﺭْﻭُﺮُﺳ ْﻦِﻣ ِﻪﻠﻟﺎِﺑ ِﺕﺎَﺌِّﻴَﺳ ْﻦِﻣَﻭ ﺎَﻨِﺴُﻔْﻧَﺍ ﺎَﻨِﻟﺎَﻤْﻋَﺍ ، ِﻩِﺪْﻬَﻳ ْﻦَﻣ ُﻪَﻟ َّﻞِﻀُﻣ َﻼَﻓ ُﻪﻠﻟﺍ ، َﻱِﺩﺎَﻫ َﻼَﻓ ْﻞِﻠْﻀُﻳ ْﻦَﻣَﻭ ُﻪَﻟ ، َﻻ ْﻥَﺍ ُﺪَﻬْﺷَﺍَﻭ َﻻ ُﻩَﺪْﺣَﻭ ُﻪﻠﻟﺍ َّﻻِﺍ َﻪَﻟِﺍ ُﻪَﻟ َﻚْﻳِﺮَﺷ ، ُﺪَﻬْﺷَﺍَﻭ ُﻩُﺪْﺒَﻋ ﺍًﺪَّﻤَﺤُﻣ َّﻥَﺍ ُﻪُﻟْﻮُﺳَﺭَﻭ . ﻩﺪْﻌَﺑ ﺎَّﻣﺃ : Baru-baru ini penulis
telah diminta agar
memberi penjelasan
kepada umat Islam Perlis
tentang bahayanya
fahaman Syiah terhadap akidah Islamiyah. Isu ini
disuarakan kerana
terdapatnya beberapa
orang aktivis Syiah
yang cuba menyebarkan
fahaman Syiah di Negeri Perlis. Oleh kerana
fahaman Syiah ini
benar-benar sesat,
menyesatkan dan boleh
memecah-belahkan
umat Islam, maka dengan ‘inayah Allah
penulis dengan rasa
tanggungjawab dan hati
yang ikhlas insya-Allah
akan berusaha sedaya
mungkin bekerjasama dengan para ulama dan
masyarakat Islam untuk
sama-sama menyekat
dan membenteras
fahaman sesat ini
supaya tidak tersebar di kalangan umat Islam
yang berakidah Ahli
Sunnah wal-Jamaah
walau di mana saja
mereka berada. Agar hakikat kesesatan
akidah Syiah dapat
diketahui dan difahami
oleh masyarakat Islam
Ahli Sunnah wal-Jamaah,
maka penulis menyiapkan kertas
kerja tentang
penyelewengan dan
bahayanya fahaman
serta akidah
Syiah. Kertas kerja yang ringkas ini akan
dibentangkan sebagai
siri kulliah akidah
terutamanya di
beberapa masjid di
sekitar Perlis, Pulau Pinang dan Selangor
insya-Allah. Semoga Allah membantu
kita sekalian
menghapuskan fahaman
yang sesat ini dari
terus merebak dan
sentiasa memelihara akidah Ahli Sunnah wal-
Jamaah, kedaulatan
agama, negara,
kerajaan, masyarakat
dan perpaduan Ummah
Islamiyah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Definisi (ﺔَﻌْﻴِﺷ) Syiah Dari segi etimologis
(bahasa), Syiah
bererti ”Para Pengikut,
Penyokong, Pendukung
atau
Pembela”. Contohnya: S Ali, bermaksud satu
kelompok yang
berupa ”Penyokong,
pendokong atau
pembela Ali”. Menurut
Terminologi (istilah) syara, Syiah
bermaksud ”Sesiapa
yang mengangkat
kepimpinan Ali radiallahu
‘anhu dan anak-
anaknya”. Dan apabila disebut si Fulan itu
Syiah maka dia
menganut atau
berfahaman Syiah. Tasyayyu’ (ﻊﻴﺸﺘﻟﺍ) pul menurut keterangan
Syeikh al-Mufid ialah[1]: ﺔﻐﻟ ﻊﻴﺸﺘﻟﺍ : ﻪﺟﻭ ﻰﻠﻋ ﻉﺎﺒﺗﻻﺍﻮﻫ ﺀﻻﻮﻟﺍﻭ ﻦﻳﺪﺘﻟﺍ ﺹﻼﺧﻻﺍ ﻰﻠﻋ ﻉﻮﺒﺘﻤﻠﻟ . “Tasyayyu’ menurut
etimologi adalah sikap
mengikut yang didasari
agama dan mengangkat
orang yang diikuti
dengan ikhlas”.[2] Pada zaman
pemerintahan Khalifah
Abu Bakar, ‘Umar dan
‘Uthman kalimah syiah
dalam erti faktual suatu
kelompok atau fahaman belum wujud dan belum
terbentuk. Tetapi
kelompok ini lahir ketika
terjadinya pertikaian
dan peperangan antara
Syiah (penyokong) Ali dan Syiah
Muawiyah. Hanya
kelompok Syiah di
waktu itu kesemua
mereka berfahaman Ahli
Sunnah wal-Jamaah. Abdullah Bin
Saba’ (Si Munafik) Abdulah bin Saba’
adalah seorang pendita
Yahudi dari
Yaman. Berpura-pura
masuk Islam (secara
nifak) di zaman Khalifah ‘Uthman bin
Affan radiallahu
‘anhu. Dialah pereka
ajaran Syiah yang
ekstrem yang menjadi
punca bersemaraknya perpecahan dalam
kalangan masyarakat
Islam terutama dalam
kelompok Syiah itu
sendiri. Abdullah bin
Saba’ pernah berkata yang ditujukan kepada
Khalifah Ali radiallahu
‘anhu: ”Engkaulah
Allah”.[3] Maka Ali
mengisytiharkan bunuh
terhadap Abdullah bin Saba’ tetapi ditegah
oleh Ibn
Abbas. Penyokong Ali
membuangnya ke
Madain (Ibu Negeri Iran
lama). Abdullah bin Saba’
orang pertama
mengkafirkan Abu
Bakar, ‘Umar dan
‘Uthman dan tidak
mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari
kalangan Ahli Bait”.
[4] Seorang ulama
Syiah Muhammad Husin
al-Zain pernah
memperkatakan tentang Abdullah bin
Saba’: “Abdullah bin Saba’
mengeluarkan qaul
(yang sesat),
mengajarkan fahaman
yang ghalu (keterlaluan)
….. dan perbuatannya sangat melampaui
batas”.[5] Saad bin Abdullah al-
Qumy seorang ulama,
pemimpin serta ahli
hukum Syiah yang lahir
pada 229H mengakui
wujudnya Abdullah bin Saba’. Beliau
menyebut beberapa
nama orang yang
berkonspirasi yang
digelar sebagai
Saba’iyah. Menurut beliau lagi bahawa
komplot Saba’iyah
adalah firqah pertama
dalam Islam yang
mengeluarkan
perkataan-perkataan yang ghalu
(keterlaluan). Saad bin Abdullah al-
Qumy ulama besar Syiah
yang masyhur ini telah
memastikan bahawa
Abdullah bin Saba’
adalah orang yang mengeluarkan
perkataan dan
menampakkan dirinya
mengecam dan
menentang Abu Bakar,
‘Umar dan ‘Uthman radiallahu
anhum serta tidak
mengiktiraf kekhalifahan
mereka.[6] Pegangan Syiah
Imamiyah yang ada
sekarang adalah
berasaskan ideologi dan
doktrin sesat Abdullah
bin Saba’. Fahaman ini disampaikan (dipelihara)
dalam bentuk riwayat
hadis yang dinasabkan
kepada keluarga Nabi
(Ahli Bait) dengan penuh
kebohongan tetapi diterima oleh mereka
yang jahil.[7] Syiah Mengkafirkan
Para Sahabat Agama Syiah
mengkafirkan para
pembesar sahabat
secara
umum. Pengkafiran ini
boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah
yang ditulis oleh ulama
mereka, contohnya ialah
wasiat para ulama
mereka: 1. Abu Ja’far
berkata: “Semua manusia (kaum
muslimin Ahli Sunnah
wal-Jamaah) menjadi
Ahli Jahiliyah (kafir/
murtad setelah
kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali,
Miqdad, Salman dan Abu
Dzar”.[8] 2. Al-Kulaini
[9] mensifatkan Abu
Bakar, ‘Umar dan
‘Uthman telah
terkeluar dari kalangan
orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran
tidak melantik Ali
sebagai khalifah setelah
Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam wafat.
[10] Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh
penduduk Mekkah dan
Madinah. Menurut
Kulaini: “Penduduk Madinah
lebih buruk dari
penduduk Mekkah dan
penduduk Mekkah telah
kufur kepada Allah
dengan terang- terang”.[11] Al-Kulaini juga
menetapkan dalam
kitabnya al-Kafi: “Sesiapa yang tidak
beriman kepada Imam
Dua Belas maka dia
adalah kafir walaupun
dia keturunan Ali atau
Fatimah”.[12] 3. Al-Majlisi seorang
ulama besar Syiah
menegaskan: “Bahawa mereka (Abu
Bakar, ‘Umar dan
‘Uthman) adalah
pencuri yang khianat
dan murtad, keluar dari
agama, semoga Allah melaknat mereka dan
semua orang yang
mengikut mereka dalam
kejahatan mereka,
sama ada orang dahulu
atau orang-orang kemudian”.[13] Budak Ali bin Husin
berkata: “Saya pernah bertanya
kepada Ali bin Husin
tentang Abu Bakar dan
‘Umar. Maka dia
menjawab: Keduanya
kafir dan sesiapa yang mencintainya juga
kafir”.[14] 4. Abu Basir (ulama
Syiah) menegaskan: “Sesungguhnya
penduduk Mekkah telah
kufur kepada Allah
secara terang-terang
dan penduduk Madinah
lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih
buruk tujuh puluh kali
dari penduduk
Mekkah”.[15] Demikianlah kenyataan,
fatwa, kepercayaan,
pandangan dan tuduhan
jahat para ulama Syiah
terhadap Ahli Sunnah
wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau
orang awamnya. Al-Quran Menurut
Syiah Menurut kepercayaan
penganut Syiah al-
Quran yang ada
sekarang sudah diubah-
suai, ditambah dan
dikurangi oleh para sahabat dan tidak
asli. Al-Quran yang asli
berada di tangan Ali
yang kemudian
diwariskan kepada
putera- puteranya. Menurut
Syiah lagi bahawa pada
masa sekarang ini al-
Quran yang asli berada
di tangan Imam Mahadi
al-Muntazar. Al-Kusyi pula berkata: “Tidak sedikitpun isi
kandungan di dalam al-
Quran (yang digunakan
oleh Ahli Sunnah wal-
Jamaah
sekarang, Pent.) yang boleh kita jadikan
pegangan”.[16] Menurut para ulama
Syiah: “Seseorang itu akan
dianggap kafir dan
masuk neraka kerana
tidak mengikut Imam
Dua Belas Syiah atau
kafir terhadap Syiah”. Syiah banyak merubah
ayat-ayat al-Quran dan
tafsirannya. Contohnya
ayat: ٍﺮَﻘَﺳ ﻰِﻓ ْﻢُﻜَﻜَﻠَﺳﺎَﻣ “Mengapa kamu masuk
neraka?” (Menurut penafsiran
ulama Syiah): َﻦِﻣ ُﻚَﻧ ْﻢَﻟ ﺍْﻮُﻟﺎَﻗ ﻦْﻴِّﻠَﺼُﻤْﻟﺍ “Orang-orang kafir
menjawab, Kami tidak
solat”. Ulama Syiah merubah
tafsirannya yang
sebenarnya kepada
maksud dan tafsiran: “Kami (masuk neraka
kerana) tidak mengikut
Imam (Syiah)”.[17] Begitulah kekarutan,
khurafat dan batilnya
kepercayaan penganut
syiah yang telah
disepakati oleh para
ulama Ahli Sunnah wal- Jamaah sebagai akidah
yang sesat lagi
menyesatkan. Hadis Menurut Syiah Syiah menolak hadis-
hadis sahih yang
diriwayatkan oleh
muhaddis Ahli Sunnah
wal Jamaah, seperti
Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang
lainnya. Syiah hanya
menerima hadis yang
diriwayatkan oleh
perawi Ahli
Bait. Menurut Syiah hadis bukan semata-
mata dari Nabi tetapi
dari Imam Dua Belas
yang maksum. Nilai
perkataan imam yang
maksum senilai dengan wahyu dan sabda nabi.
[18] Syiah
Mengkafirkan Ahli
Sunnah Wal-Jamaah 1. Syiah menggelar
golongan Ahli Sunnah
wal-Jamaah sebagai
Nasibi (ﻲِﺒِﺻﺎَﻧ) ”Penipu, Pembangkang atau
penentang Ali bin Abi
Talib” kerana mereka
mendahulukan Abu
Bakar, ‘Umar dan
‘Uthman sebagai khalifah. Begitu juga ulama Syiah
mengkafirkan pengikut
mazhab Syafie, Hambali,
Maliki dan Hanafi kerana
mereka digolongkan
sebagai an- Nasibi. Menurut ulama
Syiah lagi: “Dalam kalangan ulama
(Ahli Sunnah) dari Malik,
Abi Hanifah, Syafie,
Ahmad dan Bukhari
semua mereka kafir dan
terlaknat”.[19] Keyakinan Syiah yang
sesat ini diambil dari
keterangan ulama
mereka Syeikh Husin
al-’Usfur ad-Darazi al-
Bahrani. Beliau menegaskan: “Riwayat-riwayat para
imam menyebutkan
bahawa an-Nasibi (si
Kafir) adalah mereka
yang digelar Ahli Sunnah
wal-Jamaah”.[20] 2. Syiah menganggap
seluruh Ahli Sunnah wal-
Jamaah kafir yang
setara dengan orang-
orang kafir musyrikin
dan najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri
(ulama besar Syiah): “Najis ada sepuluh jenis,
yang ke sepuluh adalah
orang kafir, iaitu yang
tidak beragama atau
yang beragama bukan
Islam atau beragama Islam menolak yang
datang dari
Islam. Dalam hal ini tidak
ada perbezaan antara
murtad, kafir asli, kafir
zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi
(Ahli Sunnah wal-
Jamaah)”.[21] Berkata Ruhullah al-
Musawi (ulama Syiah): “Sesungguhnya an-
Nasibi (Ahli Sunnah wal-
Jamaah) dan Khawarij
dilaknati Allah
Subhanahu wa-
Ta’ala. Keduanya adalah najis tanpa
diragukan lagi”.[22] 3. Syiah
mengkafirkan Ahli
Sunnah kerana tidak
mengiktiraf (tidak
mengimani) Imam Dua
Belas. Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah): “Tidak ada perbezaan
antara orang yang kafir
kepada Allah Subhanahu
wa-Ta’ala, RasulNya
dan yang kafir kepada
para Imam Dua Belas”. [23] Dan berkata Kamil
Sulaiman (ulama Syiah): “Sesiapa yang meyakini
para Imam Dua Belas
maka dia adalah orang
yang beriman dan
sesiapa yang
mengingkarinya dia adalah kafir”.[24] Syiah menghalalkan
darah dan harta Ahli
Sunnah. Berkata
Muhammad bin Ali
Babawaihi al-Qummi, dia
meriwayatkan dari Daud bin Farqad: “Aku bertanya kepada
Abu Abdullah ‘alaihis
salam: Bagaimana
pendapat engkau
membunuh an-Nasibi
(Ahli Sunnah wal- Jamaah)? Dia
menjawab: Halal
darahnya akan tetapi
lebih selamat bila
engkau sanggup
menimpakan dengan tembok atau
menenggelamkan (mati
lemas) ke dalam air
supaya tidak ada
buktinya. Aku bertanya
lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia
menjawab: Rampas
sahaja semampu
mungkin”.[25] Berkata Abu Ja’far
ath-Thusi (ulama Syiah): “Berkata Abu Abdullah
‘alaihis salam (Imam as-
Sadiq): Ambillah harta
an-Nasibi (Ahli Sunnah
wal-Jamaah) dari jalan
apapun kamu mendapatkannya dan
berikan kepada kami
seperlima”.[26] Yusuf al-Bahrani
berkata (ulama Syiah): “Dari dahulu
sehinggalah sekarang,
bahawa an-Nasibi kafir
dan najis secara hukum,
dibolehkan mengambil
segala harta benda mereka bahkan
dihalalkan
membunuhnya”.[27] Begitulah sikap golongan
Syiah terhadap Ahli
Sunnah wal-Jamaah
yang mereka gelar
sebagai an-
Nasibi. Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli
Sunnah malah
mengistiharkan bunuh
dan rampas harta
benda Ahli Sunnah wal-
Jamaah. Dan rampasan tersebut dianggap oleh
mereka sebagai ganimah
(harta rampasan
perang). Agama
Syiah Mewajibkan
Taqiyah Taqiyah (dissimulation)
adalah satu prinsip yang
diyakini oleh syiah
Imamiyah. Berpegang
kepada taqiyah adalah
wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya
adalah satu sikap yang
menyembunyikan
kebenaran yang
(kononnya) jika
didedahkan akan membawa kemusnahan
diri atau agama
seseorang Syiah.
[28] Pada mulanya
taqiyah dilakukan
kerana takut terjadinya penindasan dari pihak
pemerintah. Tetapi
selanjutnya diamalkan
untuk menipu,
berbohong dan
seterusnya untuk menghalalkan sesuatu
yang haram atau
sebaliknya. Orang-orang Syiah akan
menyamar sebagai Ahli
Sunnah secara taqiyyah
untuk memerangkap Ahli
Sunnah yang kurang
faham akan agama mereka. Tujuannya
supaya dapat
dirosakkan fahaman,
akidah dan amal
ibadahnya. Abu Ja’far berkata: “Taqiyah adalah
agamaku dan agama
nenek moyangku. Dan
tidak beragama bagi
sesiapa yang tidak
bertaqiyah”.[29] Abdullah berkata: “Wahai Abu
‘Umar! Sesungguhnya
sembilan persepuluh dari
agama terletak pada
taqiyyah, tidak
beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah
pada segala sesuatu,
kecuali arak dan
menyapu sepatu”.[30] Diriwayatkan dari Ali bin
Muhammad: “Wahai
Daud! Sekiranya kamu
mengatakan bahawa
orang yang
meninggalkan taqiyah
sama seperti orang yang meninggalkan
solat, maka
sesungguhnya betullah
kata-katamu itu”.[31] Sebenarnya taqiyyah
dalam agama Syiah
adalah perbuatan nifak,
pembuat nifak adalah
seorang munafik. Tidak
ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah
sebagaimana yang
dilakukan oleh golongan
Syiah. Si Munafik pula
dilaknat Allah dan
ditempat di neraka yang paling bawah
(kerak neraka), maka
Ahli Sunnah wal-Jamaah
diharamkan dari
bertaqiyah. Syariat Syiah Yang
Menyesatkan Syariat Syiah yang
sebenar amat
bertentangan dengan
syariat Ahli Sunnah wal-
Jamaah. Syiah
digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam
bukunya “Al-Milal Wan-
Nihal” dan al-Bagdadi
dalam bukunya “Al-
Faraq Bain al-Firaq”
segabai golongan 72 yang ke neraka, kerana
penganut Syiah selain
mengkafirkan Amirul
Mukminin Abu Bakar,
‘Umar al-Khatab,
Uthman radiallahu anhum dan para
sahabat yang lain,
mereka juga lebih
meyakini syariat
Daud ’alaihis
salam daripada syariat Nabi
Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Abu
Ja’far berkata: “Apabila Imam ghaib
(Imam Mahdi) datang, ia
akan memerintah
dengan hukum syariat
Daud (bukan syariat
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-
sallam, pent)”.[32] Nikah Mut’ah Syiah menghalalkan
nikah mut’ah seberapa
banyak, beberapa kali
yang diinginkan dan
yang semampu. Mereka
menghalalkan nikah mut’ah sehingga ke
Hari Kiamat. Sebaliknya
Ahli Sunnah wal-Jamaah
telah mengharamkan
nikah mut’ah
sehinggalah ke Hari Kiamat. Antara hadis
(hadis-hadis sahih) dari
Nabi
Muhammad sallallahu
‘alaihi wa-sallam yang
mengharamkan nikah mut’ah ialah: َّﻲِﺒَّﻨﻟﺍ َّﻥَﺍ ِّﻲِﻠَﻋ ْﻦَﻋ َﻢَّﻠَﺳَﻭ ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﻪﻠﻟﺍ ﻰَّﻠَﺻ ِﺔَﻌْﺘُﻤْﻟﺍ ِﺡﺎَﻜِﻧ ْﻦَﻋ ﻰَﻬَﻧ ِﻡْﻮُﺤُﻟ ْﻦَﻋَﻭ َﺮَﺒْﻴَﺧ َﻡْﻮَﻳ ِﺔَّﻴِﻠْﻫَﻻْﺍ ِﺮُﻤُﺤْﻟﺍ . “Dari Ali (Bin Abi
Talib): Sesungguhnya
Nabi Sallallahu ‘alaihi
wa-sallam telah
melarang nikah mut’ah
pada hari peperangan Khaibar dan baginda
mengharamkan makan
daging keldai kampung”.
[33] ُﻪﻠﻟﺍ ﻰَّﻠَﺻ ِﻪﻠﻟﺍ ُﻝْﻮُﺳَﺭ َّﻥَﺍ ِﻡْﻮَﻳ ﻰَﻬَﻧ َﻢَّﻠَﺳَﻭ ِﻪْﻴَﻠَﻋ ِﺀﺎَﺴِّﻨﻟﺍ ِﺔَﻌْﺘُﻣ ْﻦَﻋ ِﺢْﺘَﻔْﻟﺍ . “Sesungguhnya
Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam
melarang nikah mut’ah
pada hari futuh
(pembukaan) Mekkah”. [34] Antara tanda-tanda
penganut agama Syiah
ialah menghalalkan nikah
mut’ah walaupun telah
diharamkan oleh
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam. Golongan Syiah
telah menyelewengkan
hadis-hadis sahih yang
mengharamkan
mut’ah. Oleh itu, orang-orang beriman
yang mengakui sebagai
Ahli Sunnah wal-Jamaah
perlu membenteras
fahaman dan ajaran
Syiah kerana Syiah adalah golongan yang
sesat lagi menyesatkan. RUKUN IMAN AGAMA
SYIAH Rukun iman Agama Syiah
berbeza dengan rukum
iman Ahli Sunnah wal-
Jamaah, kerana rukun
iman Syiah hanya lima
perkara, iaitu: 1. Beriman kepada
keEsaan
Allah - (ﺪﻴﺣﻮﺘ 2. Beriman kepada
Keadilan - (ﻝﺪ 3. Beriman kepada
Kenabian - 4. Beriman kepada
Imam - 5. Beriman kepada
Hari Kiamat -( Imam Malik secara
terang-terangan telah
mengkafirkan golongan
Syiah kerana golongan
ini membenci para
sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci
sahabat Nabi adalah
kafir. Hal ini telah
disepakati oleh
sebahagian besar ulama.
[35] Imam
Malik rahimahullah juga
pernah menjelaskan
tentang Syiah: “Mereka (Syiah) jangan
diajak berbual dan
jangan pula diberi
perhatian, mereka
adalah golongan
pembohong”.[36] Imam
Syafie rahimahullah pula
berwasiat: “Belum pernah aku
saksikan di kalangan
manapun manusia yang
begitu berani menjadi
pendusta dan sebagai
saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah”.[37] Begitulah fatwa-fatwa
para ulama Ahli Sunnah
wal-Jamaah terhadap
golongan Syiah. Tidak
terdapat seorangpun
dari kalangan mereka yang menerima Syiah
sama ada fahaman atau
akidah mereka. Oleh
itu, berwaspadalah
terhadap gerakan,
doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada
hakikatnya mereka
adalah pembohong yang
hanya mengajak kepada
kesesatan, pecah-belah
dan kehancuran umat Islam. Wallahua’lam. Walh
rabbil ‘alamin. ———————– [1]. Syeikh al-Mufid
adalah seorang ulama
Syiah abad (414 H/
1022M). [2]. Lihat: Awaailul
Maqalat. hlm. 2. Syeikh
al-Mufid. [3]. Lihat: Rijal al-Kusyi.
Hlm. 106-108. (Kitab
ini ”Rijal al-
Kusyi”) adalah kitab
tertua menjadi rujukan
dan pegangan golongan Syiah. [4]. Lihat: Usul Mazhabi
asy-Syiah al-Imamiyah
al-Ithna
‘Asyariah. (1/74). [5]. Lihat: ÇáÔíÚÉ Ýì
ÇáÊÇÑíÎ Hlm.
213. Muhammad Husin
al-Zain. [6]. Lihat: Usul Mazhabi
asy-Syiah al-Imamiyah
al-Ithna ‘Asariyah.
(1/74). [7]. Lihat: Usul Mazhabi
asy-Syiah al-Imamiyah
al-Ithan ‘Asariyah.
(1/77). [8]. Lihat: Tafsir as-
Safi. (1/389). [9]. Al-Kulaini, nama
penuhnya Muhammad
bin Yakub al-Kulaini.
Meninggal dunia pada
328H [10]. Lihat: Usul al-Kafi.
(1/488). [11]. Ibid. (2/409). [12]. Lihat: Al-Kafi.
(1/372-374). [13]. Lihat:ﺭﺎﺤﺑ ﺭﺍﻮﻧﻻﺍ ) . 4/385 ). Muhammad Baqir al-
Majlisi [14]. Ibid. (2/216). [15]. Ibid. (2/410). [16]. Lihat: As-Safi.
(1/33). [17]. Lihat: Usul
Kafi. (1/438). [18]. Keyakinan bahawa
para imam maksum
menjadikan semua
perkataan yang keluar
dari mereka adalah
sahih. Maka tidak diperlukan
menyandarkan
sanadnya kepada
Rasulullah s.a.w
sebagaimana di
kalangan Ahlu Sunnah wal-
Jamaah. Lihat: Tarikh
al-Imamiyah. Hlm.
140. Abdullah Faiyad. [19]. Lihat: Asy-Syiah
wa as-
Sunnah. Hlm. 7. Ihsan
Ilahi Zahiri. [20]. Lihat: Al-Masail al-
Khurasaniyah. Hlm. 147. [21]. Lihat: Manhaj
Shalihin. (1/116). [22]. Lihat: Tahrirul al-
Wasilah.
(1/116). Cetakan
Beirut. [23]. Lihat: Al-Hadiq an-
Nadirah.
(28/153). Cetakan
Beirut. [24] Lihat: Kitabul
Khalash Fi Zilli al-Qaimmul
Mahdi. Hlm. 44. Cetakan
Beirut, Lebnon. [25]. Lihat: ’Ilal asy-
Syar’i. Hlm.
44. Cetakan Beirut. [26]. Lihat: Tahzibul
Ahkam. (1V/122) Cetaka
Tehran. [27]. Lihat: Al-Hadiq an-
Nadirah Fi Ahkam al-
Atraf at-
Tahirah. (X11/323-324). [28]. Lihat: Al-Qummi,
terjemahan Asaf .A
Fyze. Hlm. 71. [29]. Lihat: Usul Min
Kafi. (2/219). [30]. Ibid. [31]. Lihat: Wasail asy-
Syiah
(X1/466). Cetakan
Tehran. [32]. Lihat: Tarikh Ma
Ba’da Zuhur. Hlm.
728. Cetakan Beirut. [33]. H/R Bukhari (5/78
dan 6/129). Muslim
(9/189-190). [34]. H/R
Muslim. (4/133). [35]. Lihat: Sunnah dan
Syiah, Mungkinkah
Dipertemukan? Hlm.
57. Dr. Abdullah
Muhammad Gharib. Edisi
pertama, Surabaya. 1984. [36]. Ibid. Hlm. 57. [37]. Ibid. hlm. 57. Sumber: http:// rasuldahri.tripod.com/
articles/kka1_tiga.htm

Back to posts
Comments:

Post a comment